KUCHING, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Openg mengumumkan Kerajaan Sarawak akan membina Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit yang terletak berdekatan dengan institut Jantung di Kota Samarahan.
Ini merupakan projek Kerajaan Sarawak ke hadapan di mana pusat penyelidikan ini bakal menempatkan dan menggandingkan pakar-pakar tempatan termasuk dari UNIMAS dan pakar -pakar antarabangsa agar dapat berinteraksi antara satu sama lain bagi menjalankan penyelidikan pelbagai jenis penyakit di masa hadapan.
Kerajaan Sarawak juga telah memperuntukkan dana berjumlah RM 200 JUTA bagi menubuhkan institut penyelidikan yang bertaraf antarabangsa ini.
Terlebih dahulu, Ketua Menteri turut meninjau Pusat Pemberian Vaksin di Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ) Kota Samarahan pagi ini.
Beliau menambah lagi, Sarawak mempunyai sasaran untuk mencapai proses vaksinasi sebanyak 50,000 orang sehari di seluruh Sarawak.
Sejumlah 110,380 dos vaksin akan tiba esok untuk diberikan kepada penduduk di Miri, Bintulu dan Belaga, manakala 350,000 dos lagi akan tiba di Kuching pada Jumaat ini, untuk PPV di Kuching kata Ketua Menteri Sarawak.
Beliau bercakap dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kota Samarahan.
Sumber dari : Sarawakku